Friday, February 10, 2023

Malaysia | Hilang (2022-2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertarik gila nak tengok drama ini sebab review Farhana.. Boleh baca review Hilang (2022) ini.. Mula tu memang tak nak tengok sebab bila baca sinopsis macam ada seram-seram, tapi lepas baca review Farhana terus Sha tengok.. Memang selalunya akan teruja nak tengok drama atau filem yang Farhana review dan ada masanya jadi tak nak tengok lepas baca review Farhana.. kikiki.. 

Lepas tengok episod 1,  terus pulun tengok sampai habis.. Episod 1 je dah mampu buat Sha tergoda untuk tengok sampai habis.. Tapikun busut dia tu lain macam bentuknya.. Jenuh jugalah nak hilangkan bayangan busut tu dari kepala..

Bermula dengan penemuan mayat seorang budak perempuan dan kemudiannya Haikal hilang semasa larian.. Yusof yang baru balik dari Mesir menerima bayangan sebelum Haikal hilang dan dituduh penculik Haikal bila polis jumpa Yusof dengan bib Haikal yang berdarah.. Bermula dari sini, drama ini makin mendebarkan.. Punca kematian Haikal memang mengejutkan, dalam masa yang sama Sha dah mula syak seseorang.. Klu dia boleh tengok pada setiap awal permulaan  drama.. 

HILANG (2022)
Genre: Misteri, thriller
Jumlah episod: 10
Mula tayangan: 17 Nov 2022
Waktu siaran: Setiap Khamis
Mengisahkan tentang Inspektor Munir, seorang penduduk tempatan dalam sebuah bandar fiksyen, Seri Daik yang kembali ke kampung halamannya selepas 17 tahun untuk menyiasat satu kes pembunuhan seorang remaja perempuan. Munir bertemu dengan Yusof, seorang guru agama yang dituduh oleh Munir sebagai punca kematian adiknya semasa satu upacara rawatan yang gagal. Yusof percaya yang pelakunya bukanlah dari dunia ini. Apabila seorang lagi remaja hilang atas sebab misteri, Munir dan Yusof terpaksa bekerjasama untuk merungkai kejahatan yang membelenggu Seri Daik.

3 comments:

  1. selalu nampak kat VIU tapi belum ada mood nak tonton

    ReplyDelete
  2. Aalaa...mana nak tgok ni...akak suka genre citer misteri dna thriller macam ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..