Monday, February 27, 2023

Novel | #YANA oleh Lynn Dayana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berbaloi sungguh Sha beli buku ini walaupun pre-loved.. Isinya sangat menarik.. Membawakan tema seram, penyiasatan dan juga misteri.. Dua manusia yang bertemu tanpa sengaja dan kewujudan entiti ketiga yang diseru hanya kerana hartanya.. Yana berada ditempat yang salah dan kerana itu dia terjebak.. Tanpa disedari perjalanan cerita antara dia dan Lee merentas zaman, berkait pula dengan entiti ghaib yang diseru.. Malah Yana turut diganggu dengan cara yang tak baik hingga tubuhnya lemah dan lebam-lebam.. Penulis memasukkan 3 eleman kesukaan Sha dengan cara yang menarik.. Malah kisah hati antara Lee dan Yana, diadun cantik.. Memang memikat Sha sampaikan berjaya buat Sha usung buku ini ke hulu dan ke hilir.. Teruja untuk tahu kesudahannya.. 

Sha baca dan selesai pada 26.02.2023..

Published May 1, 2017 by PorengKertas Publication
Koleksi peribadi Sha.. 

1 comment:

  1. Best kan. Walaupun seram tapi sedih bila mengetahui identiti yang ke 3 tu siapa sebenarnya. Buku Lynn dayana selalunya tidak mengecewakan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..