Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam Sha bawa encik suami untuk temujanji yang ketiga.. Alhamdulillah bacaan tekanan darah okay.. Cuma kolestrol agak tinggi jadi doktor nak naikkan dos ubat kolestrol.. Kolestrol ini yang perlu dikawal rapi.. Makanan pun nak kena jaga juga.. Bacaan gula pun naik sikit, tapi doktor suruh kurangkan pengambilan minuman manis je.. Doktor tak naik kan dos ubat.. Lagi 6 bulan jumpa balik doktor..
Sebelum ini Sha pergi ikut masa yang ditetapkan pada kad, jadi lama sangat menunggu.. Kali ini Sha datang awal 30 minit dari masa yang ditetapkan.. Alhamdulillah berjaya jumpa doktor cepat tapi tetap lambat selesai kerana menunggu tarikh temujanji yang berikutnya.. hehehe..
Penat menunggu, encik suami tidur dulu.. hehehe..
Semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteSemuga suami sha cepat sembuh. Aamiin
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan Kak Sha dan keluarga.
ReplyDelete