Assalamualaikum..
Hye semua..
3 espisod pun dah buat Sha berdebar bagai nak gila.. Huhuhu.. Takut tapi teringin nak tengok.. Tambah bila watak utama dia seorang lelaki dan seorang budak perempuan.. Kali ini manusia berdepan dengan kulat yang berbahaya.. Kulat yang boleh hidup dalam badan manusia dan menyebabkan manusia jadi gila.. Gila menyerang dan membunuh untuk menyebarkan kulat..
Ep 1: "When You're Lost in the Darkness" - Episod ini agak sedih dan mendebarkan bila hero kehilangan anak akibat ditembak.. Mereka melarikan diri dari manusia yang dijangkiti.. Kemudian dibawa ke masa depan dimana hero iaitu Joel dan rakannya Tess diminta membawa Ellie seorang budak ke satu tempat..
Ep 2:"Infected" - Episod ini pula menunjukkan permulaan serangan kula kepada manusia di Indonesia.. Tak ada vaksin atau penawar, sebaliknya askar diminta untuk mengebom kawasan yang diserang.. Kembali ke masa kini, Ellie disoal oleh Tess dan Joel.. Kenapa pengesan mengesan dia sebagai dijangkiti tapi Ellie masih normal dan Tess berkeras tanya sebab sebenar Ellie perlu dihantar ke tempat yang diminta.. Ellie mungkin boleh dikaji untuk mendapatkan penawar.. Mereka diserang licker semasa dalam perjalanan.. Ellie dan Tess digigit..
Ep 3:"Long Long Time" - Aduh.. Ada pula babak yang tak sesuai.. Sikit jelah.. hehehe.. Ellie dan Joel meneruskan perjalanan mereka menuju ke tempat tinggal Bill dan Frank.. Episod ini adalah cerita sikit pasal Bill dan Frank.. Kemudian diteruskan dengan babak Joel dan Ellie yang mengambil kenderaan dan keperluan lain yang Bill tinggalkan untuk Joel sebelum meneruskan perjalanan mereka.. Tak ada babak makhluk zombie kulat..
The Last of Us
2023 ‧ Action/Adventure/Drama ‧ 1 season
Tasked with escorting a teenager across a post-apocalyptic world, a dreaded smuggler joins hands with a young apprentice to fulfil the mission unscathed.
lama tak tgk series omputih ni
ReplyDeleteKat Netflix erk...nak tengok laa
ReplyDelete