Assalamualaikum..
Hye semua..
Buku ini kan.. Penat owh baca.. Sha dah mulakan, jadi Sha habiskan juga walaupun buku ini bermain dengan emosi tahap tak boleh nak fikirlah.. Sha bagi amaran siap-siap, kalau emosi tengah merudum, baiklah jangan baca.. Boleh tambah murung jadinya..
Cerita tentang Akmal yang langsung tak menangi bila ahli keluarga dia meninggal.. Sebaliknya dia tertawa dan kemudiannya mengurung diri dalam rumah.. Keluar sesekali untuk beli barang sahaja.. Tak pernah ambil peduli dengan hal di sekeliling dia.. Sampailah Akmal terjumpa Jasmin yang bersedih dengan kematian kura-kura dia yang namanya Daun.. Melalui Jasmin, Akmal kenal dengan Maya, Mira dan juga Syaz.. Akmal sangat terganggu dengan Jasmin dan kerana itu juga, Akmal terima semuanya tentang Jasmin.. Jasmin yang suka bercakap hal secara rawak.. Emosi Jasmin yang berubah-ubah.. Malah Akmal terima tawaran Jasmin untuk berkerja di kedai alat muzik Jasmin.. Tapi kemudiannya Jasmin mati bunuh diri.. Sekali lagi perasaan Akmal kebas..
Sha baca pada 22.03.2023 dan selesai pada 24.03.2023..
Published by June 3, 2022 by Buku Fixi
Sha pinjam di laman web PNM elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..
mak aiii berbelit belit... sy baca ni pun ssh nak faham🤭
ReplyDelete