Saturday, March 11, 2023

Percutian Ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang dah niat nak bawa anak-anak berjalan tapi budget tak besar.. Makanya Sha dan encik suami bercadang nak bawa anak-anak ke KL sahaja.. Melawat Muzium.. Kami gerak seawal 7.30 pagi.. Singgah isi Touch n Go dulu sebelum meneruskan perjalanan mencari tempat sarapan.. Pilih punya pilih, akhirnya kami ke Restoran Nasi Kandar Melayu di Serendah, Selangor.. Encik suami bawa ikut jalan lama.. Sha je yang makan nasi kandar, tapi pilihan lauk tak banyak.. Kami sampai awal sangat.. Encik suami dan anak-anak makan nasi ayam..

Nasi kandar Sha.. Lauk telur ikan dan sayur terung.. Harganya lebih kurang RM5 ke RM6..

Nasi ayam.. RM6 sepinggan..

Meneruskan perjalanan, kami ke Muzium Bank Negara Malaysia dahulu.. Dua jam setengah kami di sini.. Itupun tak sempat ke tingkat atas untuk tengok pameran seni.. Kemudian encik suami bawa kami ke restoran ikan bakar di Jalan Bellamy sebelum daftar masuk RegalPark Hotel.. Sha cadangkan pada encik suami untuk teruskan perjalanan menggunakan Grab Car sahaja.. Lebih mudah dan tak memenatkan.. 

Selepas daftar masuk dan solat.. Kami ambil grab car terus ke Muzim Telekom.. Memang menarik muziumnya.. Suka anak-anak tengok pelbagai jenis telefon.. Dari Muzium Telekom, Sha ajak encik suami ke Bukit Bintang untuk cuba Kunafa.. Encik suami kata, jomlah jalan kaki.. Bukan jauh pun.. Lebih kurang 1.5km je.. Sha pun on lah.. Nak bagi peluang anak-anak tengok KL dengan berjalan.. Baru separuh jalan dah mengah ya amat.. 

Lepas pekena Jus Tembikai Lemon (RM9) ini barulah kembali bertenaga.. hehehe.. 

Jalan punya jalan, sampailah ke Kunafa Crisp.. Memang berbaloilah jalan kaki kami tu.. Kunafa Crisp nya sedap.. Memang kena makan di situ.. Sha lepak di Habibi Juice, bersebelahan dengan Kunafa Crisp ini.. Pesan air best dan makan Kunafa.. Pergh!! Berbaloi menapak 1.5km tu.. Sha tapau McD untuk anak-anak.. Nak ke McD ternampak stall kopi Raflis Vietnam Coffee.. Tapaulah satu.. Encik suami pula tapau kebab dan Shawarma dari Halab Gate Shawarma.. Lepas tu Sha pesan grab car untuk balik ke hotel.. Tak lalu dah nak jalan.. kikiki..

Kami lepak hotel je malam tu.. Penat jalan kaki tak habis lagi.. Stamina tak ada.. Nak kena mula balik briskwalk ni..

Hari kedua, kami sarapan di hotel je.. Lepas sarapan, naik bilik balik.. Imani terus berendam dalam bathtub.. hahaha.. Lama dia dalam bilik air.. Jam 10 kami siap-siap kemas barang.. Jam 11 terus daftar keluar dari hotel..

Terus ke Dolly Dim Sum, KL East untuk makan tengahari dan cari kasut sukan anak-anak tapi tak berjaya.. Berjaya makan je.. hehehe.. Gambar yang Sha kongsikan ini, ialah menu yang kita pesan.. Dia letak kat meja kita, mana yang dah hantar dia akan tandakan.. Memang menarik dan bagus..

Hentian terakhir kami ialah JBR Bundle Bandar Sri Damansara.. Memang berbaloi singgah sini.. Kasut sukan untuk Amani dan Imani berjaya dapat.. Encik suami beli seluar jeans dan kami yang perempuan beli tshirt buat pakai di rumah.. 

Sha sampai rumah lebih kurang jam 6 petang.. Walaupun pendek 2 hari 1 malam (07&08/03/2023), tapi tetap bermakna.. Ada rezeki nak ke KL lagi.. Sha nak jalan guna grab atau kaki je.. Banyak lagi muzium tak berjaya pergi..

3 comments:

  1. Musim cuti sekolah memang sesuai sangatlah bawa anak-anak berjalan. Sambil melawat sambil kumpul pengalaman dan ilmu pengertahuan.

    ReplyDelete
  2. Bestnya pergi bercuti walaupun percutian singkat je.

    ReplyDelete
  3. walaupun ke KL tp ada lah memori dgn anak2

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..