Wednesday, April 19, 2023

Pizza Hut Fun 5 Flavours

Assalamualaikum..
Hye semua..

Geram je tengok promosi ini, terus Sha beli.. Alhamdulillah bila order dekat cawangan Slim River, hasilnya memuaskan.. hehehe.. Terbaiklah!! Barulah puas hati tengok pizza nya.. Bayar pun berbaloi je rasa.. Dua pizza ini RM20.. Sha beli melalui pesanan di aplikasi, dan ambil di Pizza Hut..

Promosi ini Limited tau, sampai 11 May sahaja.. Ada 5 topping baru yang ditawarkan.. Ada rezeki, Sha nak beli lagi yang lain pula..

Fun Smoky Chicken
Menggunakan sos BBQ dengan taburan potongan ayam dan keju mozarella.. Kemudiannya di letakkan sos nachos keju di bahagian atas, rasanya tak pedas.. Okaylah rasa dia..

Fun Garlic Butter Pepperoni
Disapu dengan sapuan bawang putih, kemudian disusun kepingan peperoni ayam bersama keju mozarella dan akhir sekali di letakkan keju nachos.. Memang terbaiklah.. Boleh beli lagi.. Sha suka.. Makan dengan sup cendawan, pergh!! Terangkat..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..