Thursday, May 11, 2023

ebook | Foto Cinta oleh Azimah Lily

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik jalan cerita dia cumanya macam ada yang kurang.. Ada bahagian seolah-olah ditulis dengan tergesa-gesa.. 

Kisah Jasmin yang dihantar ke luar negara dan dibiarkan.. Dituduh pembawa sial, akhirnya Jasmin lupakan yang dia ada datuk.. Jasmin berdikari dan membawa hidup sendiri.. Saat Jasmin dah senang dengan kerjaya yang dia ada, Jasmin dipanggil balik ke Malaysia.. Walaupun berjaya menyembunyikan diri namun sepupunya pandai mengenakan dia dan akhirnya Jasmin berada di rumah datuknya.. Walaupun Jasmin memberontak namun dia tak boleh lari ke mana, pasport dipegang.. Baru nak ambil tindakan, datuk yang dibenci hilang kerana jatuh sungai.. Sekali lagi Jasmin terpaksa melalui kehilangan.. Konflik makin rumit bila ada cubaan membunuh Jasmin.. Siapa dalang sebenar.. Memang tak sangkalah tekaan awal Sha betul tapi bila baca sampai tengah Sha tukar tekaan Sha dan tekaan tu tersasar..

Sha baca dan selesai pada 09.05.2023..

Published March 1, 2019 by Anaasa Publication
Sha baca menggunakan aplikasi eSentral..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..