Monday, May 15, 2023

ebook | Nota Cinta Ibu oleh Zuhriah Mohamad Juoi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menceritakan mencatat pengalaman hidup seorang wanita dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan juga ibu.. Setiap pengalaman hidup yang dilalui beliau dan dikongsikan dalam buku ini mempunyai pengajarannya yang tersendiri kepada pembaca yang membaca.. Banyak yang boleh dijadikan teladan.. Naskhah ini mengajak kita semua untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri menjadi hamba-NYA yang lebih baik.. Paling penting jadilah anak yang soleh berbakti kepada ibu bapa, kenang jasa mereka dalam membesarkan kita serta layan dan hormatilah mereka dengan sebaik-bainya sementara mereka masih ada.. Buku ini juga mengajar kita untuk bersyukur dengan segala apa yang kita miliki kerana ia akan lebih mendekatkan kita kepada ALLAH

Sha pilih bacaan ini sempena hari Ibu yang jatuh pada 14 Mei 2023..

Sha baca dan selesai pada 14.05.2023..

Published January 1, 2015 by Karya Bestari
Sha langgan dan baca di aplikasi Oakbee Buffet

2 comments:

  1. Seronok baca pengalaman orang dan ambil iktibar daripadanya.

    ReplyDelete
  2. pengalaman para ibu ni memang banyak, tak pernah habis nak membaca dan dengar. dari anak kecil sampai lah ke hujung usia pengorbanannya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..