Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha tak puas hati betul dengan penulis.. Huhuhu.. Penjahat sebenar terlepas, yang tak bersalah pula terpaksa menjadi pelarian.. Memang kejam tau penulis tinggalkan cerita tergantung.. huhuhuhu..
Kisah Daniel seorang penulis yang tersohor membuat kemunculan semula.. Rozita pula penulis yang naik semasa Daniel menyepikan diri.. Namun Rozita punya sikap yang agak kurang baik bila dia mempermainkan Johari semata-mata ingin mencari ilham menulis novel.. Pertemuan Daniel dan Rozita merupakan kebetulan hinggalah mereka akhirnya berkahwin.. Namun Rozita telah mengumpul musuh hingga menggaggu hubungan antara dirinya dan Daniel.. Semuanya menjadi tragedi yang tak dijangka..
Penulis menyampaikan cerita dengan cara yang menarik.. Bermula dengan kisah yang berlaku awalnya dan diselang selikan dengan kisah yang dah terjadi secara berselang seli..
Sha baca dan selesai pada 31.05.2023..
Published January 1, 1999 by Rhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.
Sha pinjam Perpustakaan
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..