Thursday, June 1, 2023

Coretan Kenangan 31 Mei 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha terlibat dengan aktiviti Jabatan iaitu Sambutan Aidilfitri.. Yup sambutannya diadakan bukan dalam bulan Syawal kerana kekangan masa.. Meriahlah sebab setiap jabatan/unit akan hidangkan menu yang berbeza.. Ada gerai biskut raya, buah potong, rojak buah, sate, lemang dan rendang, nasi tomato, laksa, lontong, air balang, cendol, bubur kacang hijau, sandwich, kuih muih dan lontong.. Ini apa yang Sha nampak orang makanlah.. Sha memang tak tinggalkan gerai Sha pun sebab lauk ayam tu kena cedok, kalau tak ada yang ambil 2 ketul.. huhuhu..

Sha sempat makan cendol, rojak buah, buah potong dan kuih muih je.. Lain-lain hanya tengok orang lalu lalang bawak.. kikiki..

Sempat bergambar di pintu gerbang..

Gerai kami yang Sha akan bertugas nanti..

Antara gerai yang ada..

Ada gerai biskut raya juga..

Cantik dekorasinya..

Tengah bertugas.. Ini je gambar yang ada.. huhuhu..

4 comments:

  1. Seronoknya hospital slim river punya raya. Macam2 ada

    ReplyDelete
  2. wahhh best nyaaaa ni lebih drpd open house dah ni😁

    ReplyDelete
  3. p/s menjawab soalan: ya trip ke turki nnt sy ada sekali. sbb bawa org kan. jd mmg kena pergi😁 kalau nak join trip ke pakistan thn dpn boleh laa roger2 sy ya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..