Assalamualaikum..
Hye semua..
Buku ini merupakan bacaan yang bagus untuk kita yang selalu runsingkan perkara remeh-temeh.. Kita selalu merasakan bahagia itu mesti diukur dengan banyaknya wang di bank dan kebendaan tapi buku ini mengajar kita yang bahagia itu adalah dengan perasaan cukup dan bersyukur apa adanya.. Bukannya memandang pada kekayaan duniawi semata-mata.. Bukanlah bermakna tak perlu berusaha tapi berusaha dengan perasaan cukup bukannya berusaha tetapi sentiasa tak cukup..
Buku ini juga secara tidak langsung mengajak kita supaya jangan sesekali menyakiti hati sesama manusia dan terimalah segala kelemahan serta kelebihan yang ada kerana apa yang Allah kurniakan pada kita semua tidak pernah sama dan berbeza.. Kesempurnaan itu hanya ada pada Allah.. Sha suka buku ini sebab ada quote yang menenangkan Sha..
Antaranya: "Sahabat kerana hatinya yang mulia boleh menjadi lebih dari ahli keluarga. Akan tetapi walaupun ahli keluarga, namun hatinya penuh dengki dan benci tetap saja tidak bermakna apa-apa."
Sha baca dan selesai pada 08.06.2023..
Published August 11, 2021 by Nasrullah Amran
Ibu pun suka quote yang sha kongsikan tu. Sangat bermakna. ;)
ReplyDeleteOkey, masuk list bacaan. Thanks, Sha 🥰
ReplyDelete