Monday, June 26, 2023

Family Mart: Chocolate Chip Melon Pan & Coffee Melon Pan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rupanya roti melon ini ada macam-macam perisa.. Bukan setakat Hokkaido Melon Pan & Melon Pan saja.. Ini Sha beli lagi dua perisa.. Satu kopi dan satu lagi coklat cip.. Kikiki.. 

Chocolate Chip Melon Pan ini macam Melon Pan cumanya ada tambahan coklat cip dan inti coklat.. Rasa dia okaylah tak adalah manis sangat ke apa.. Ngamlah untuk makan masa minum petang bersama secawan kopi..

Coffee Melon Pan ini sedap sebab rasa kopi.. Memang ngam sangat dengan Sha.. Paling sedap antara yang Sha dah pernah rasa ini.. kikiki.. Roti ini boleh beli lagi cumanya tak boleh nak makan terus seketul.. 

Roti melon ini jenis padat, makan separuh pun dah kenyang.. Ini apa yang Sha perasan lepas makan keempat-empat roti ini.. 

Chocolate Chip Melon Pan - RM4.50
Coffee Melon Pan - RM4.20

2 comments:

  1. Ok, nanti nak cari la yang perisa kopi tu sbb rindu nak minum kopi hihi..

    ReplyDelete
  2. kenapa namanya melon pan ek? sama x dgn roti bun yg biasa kita mkn tu?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..