Sunday, June 4, 2023

Kopi Kamboh, Janda Baik, Pahang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam bawa anak-anak jalan tapi permulaannya agak kurang best sebab terlambat disebabkan kekangan tanggungjawab hingga terlepas apa yang sepatutnya.. Namun kerana secawan kopi ini, emosi kembali pulih.. Kopi memang penenang emosi Sha.. Tambah bila dia sedap.. Lagilah cepat emosi Sha akan okay.. kikiki..Menggunakan susu kambing dan biji kopi yang terbaik, rasa kopi ini bukan sahaja memikat tekak Sha tapi encik suami juga.. Memang berbaloi sangatlah.. Cumanya tak berbaloilah kalau naik Janda Baik hanya untuk secawan kopi ini.. kikiki..

Caramel Macchiato (L) - RM20
Sedap, rasa kopi dia tu jadi lagi unph bila digandingkan dengan susu kambing segar.. Susu tu segar dan tidak berbau.. Penjual bagi Sha rasa sikit susu kambing tu.. Memang ngamlah..

Kopi Kamboh, Janda Baik, Pahang.

Antara pilihan air yang ditawarkan..

2 comments:

  1. Berbaloi dapat cuba dengan susu kambing.

    ReplyDelete
  2. wahhh mmg rare ni jarang2 kopi + susu kambing👍👍

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..