Sunday, July 30, 2023

Coretan 30 Julai 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi dalam pukul 11 lebih, kami ke Rawang.. Majlis kahwin anak buah encik suami.. Bawa MIL berjalan.. Pemandunya Sha sebab encik suami tak sihat.. Mujurlah tak jauh dan tak sebok.. Ikut highway je, senang dan cepat.. Jalan pun tak sesak hari ini.. 

Ini yang Sha makan nasi dan daging masak hitam.. Lauk -pauknya ada ayam, acar buah dan dalca tapi Sha tak ambil.. Ada nasi putih juga, buah, kek dan kuih..

Lepas kenduri kami ke Sg. Bulih sebab MIL nak beli nasi briyani lauk kambing.. Sha pun bungkus juga 1 untuk anak-anak makan malam.. Balik dah penat, tak lalunya nak masak..

Cantik paper bag dia.. Merah Jambu gitu..

Isi dalam dia.. Lain dari yang lain.. Bunga telur tu dapat setangkai je..

Hasil dari 4 paper bag.. kikiki.. Air kotak tu tinggal 2 je.. Lagi 2 dah selamat.. Roti pun tinggal 3, 1 dah selamat dalam perut.. Pes tu dapat Ikan Bakar (4), Tomyam (3) dan Sup Daging & Tulang (4).. 

2 comments:

  1. Bestnya doorgift macam ni. Paling suka dapat doorgift makanan hihi.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..