Monday, July 24, 2023

D Topian Sungai, Tanjung Malim, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tahu pasal tempat makan ini pun sebab pemiliknya rajin pos dekat FB.. Dari dua minggu lepas lagi teringin nak ke sini tapi kekangan masa.. Tambahan pula kedai ini buka Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja cuma waktu je berubah-ubah.. Kadang seawal jam 4, kadang pukul 6.30.. Bergantung pada keadaan dan tukang masak.. Kedainya comel je.. Terletak berdekatan dengan chalet dan sungai.. Pada Sha memang berbaloi datang sini kalau anda peminat udang.. Sha teringin sangat nak pergi sebab nengokkan nasi goreng udang dia tu.. Mengancam sungguh.. Udang pun fresh, besar dan banyak.. Memang berbaloilah harga dia tu.. Total bayar RM43.. Pada Sha sangat berpatutan untuk makanan dan minuman yang kami pesan.. InsyaAllah, nanti nak cuba nasi goreng ikan rebus dia pula.. Tu pun mengancam juga..

Char kuetiau Udang - RM8

Chicken Chop - RM13

Nasi goreng Udang Petai - RM9

Selak nasi baru jumpa petai.. Besar-besar petainya..

Limau asam boi (2), oren jus dan teh o ais.. Air dia memang mantap dan sedap.. Orange tu puas hati beb.. Limau asam boi pun padu..

Kedai makan dia comel je.. Tapi pilihan makan best..

3 comments:

  1. Char kuetiau itu macam berkuah.
    Murah dengan udang nampak depan mata.

    ReplyDelete
  2. Kak shaaaaa, rasanya saya nak terbang kesana sekarang 🤣🤣😍😍. Nasi gorengnya bukan lagi mengancam, tapi dah menggoda sangat 🤣🤤🤤. Udangnya banyak dan besar yaaa. Rasanya total harga segitu pun masih termasuk murah. Kalo di sini pakai udang besar begitu, ntah berapa harganya nanti 😂

    ReplyDelete
  3. udang pun besar besar barilah puas hati mkn mcm ni...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..