Wednesday, August 16, 2023

Coretan 16 Ogos 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha bawa encik suami untuk ambil darah sebelum temujanji beliau minggu hadapan.. Lepas makan, Sha hantar beliau balik dan Sha pula terus gerak ke Sekolah Menegah untuk Program Memasak Bubur Assyura.. Tujuannya tak lain tak bukan untuk:-

1) Meraikan keberkatan bulan Muharram
2) Mewujudkan semangat kerjasama & silaturrahim di antara ibu bapa/penjaga dan warga sekolah..
3) Meningkatkan ukhuwwah & muhibbah di kalangan warga sekolah..
4) Menggalakkan amalan sedekah & infaq

Separuh hari juga Sha disini sampai anak-anak balik sekolah.. 

Cairkan gula merah..

Membungkus bubur yang dah siap, untuk di agih-agihkan pada pelajar sekolah..

Sebekas untuk Sha..

4 comments:

  1. Tahniah Sha.. dapat hadirkan diri ke sekolah anak dan menyertai aktiviti

    ReplyDelete
  2. Semoga membawa berkah dan banyak kegiatan juga ya di sekolah

    ReplyDelete
  3. rajin pihak sekolah buat program mcm ni👍👍👍

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..