Saturday, October 7, 2023

Kejohanan Olahraga Tahunan Sek Keb Kali ke 10

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha dan Amani ke sekolah Imani untuk beri sokongan sempena Kejohanan Olahraga Kali ke 10.. Imani masuk perbarisan tumah hijau.. Sukan pula Imani dah pun buat sepanjang bulan September dan awal Oktober.. Ada menang 1 satu acara.. 

Semalam dah bawa balik medal.. Imani dapat tempat ke dua dalam acara 4x200 (P).. Suka dia dapat medal..

Sarapan dulu sebelum sampai sekolah..

Hari ini dia terlibat dalam perbarisan rumah hijau.. Temanya buah dan untuk rumah hijau diorang guna buah kelapa.. Comel je dia..

Lepas perbarisan berjualan roti bersama rakan-rakan.. Ada bakat berniaga..

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..