Friday, October 13, 2023

Kenangan 13 Oktober 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai dah pembedahan Imani untuk buang gigi taring dan juga gigi extra dalam hidung dia.. Lama juga.. Pukul 7.15 pagi Sha dah bawa Imani untuk daftar di Kinik Rawatan Harian.. Jam 7.50 pagi misi tolak ke dewan bedah.. Kemudian Sha kena tukar baju semua sebab nak masuk dalam dewan bedah juga.. Tunggu sampai Imani tidur baru Sha keluar, masa ini jam 8.15pagi.. Menunggu di ruang menunggu.. Berdebar menanti.. Awal tu diorang buang gigi taring susu dua batang dan buat beberapa tampalan.. Lepas tu barulah buang gigi extra.. Gigi extra tu dia nak hantar ke makmal sebab macam pelik.. huhuhu.. Kalau ada apa-apa, nanti doktor akan maklumkan Sha.. 10.17 pagi barulah Imani ditolak keluar dari dewan bedah.. Pukul 11.17 pagi barulah Imani dihantar ke wad..

Jam 4 petang selepas doktor ENT, Dental dan Pakar Bius lihat Imani, barulah Imani dibenarkan keluar.. Doktor minta pantau Imani dalam tempoh 24 jam sebab kesan bius tu masih ada.. Memang nampak dia mami dan ngantuk je..

Menunggu untuk ditolak ke bilik bedah..

Ini gigi yang ada dalam hidung tu.. Besar gak.. Masa nak buat pembuangan ini, gigi tu dah timbul jadi doktor potong jelah..

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..