Tuesday, October 17, 2023

Late Celebration

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dan encik suami keluar dating.. Cadangnya nak ke Cameron Highlands, minum teh dan makan Scones.. Memang da naik da pun, tapi bukan rezeki kami.. Tempat yang nak dituju tutup pula.. Makanya gerak baliklah kami.. Pergi Sha naik ikut Tapah, balik tu kami turun arah Simpang Pulai.. Sempatlah berhujan semasa nak menuju ke bawah.. Pergh!! Barulah merasa sejuknya CH.. kikiki.. Naik motor kan, memang basah bermandi hujanlah kami.. kikiki.. Lepas tu sampai dekat Simpang Pulai, cerah secerah-cerahnya.. Kering semua baju yang basah.. Elok je nak sampai area Hentian Sebelah Gua Tempurung, hujan pun mula turun.. Bukan renyai-renyai lagi dah.. Lebat selebat-lebatnya.. Memang basah kuyup lah Sha dan encik suami.. kikiki.. Tapi encik suami teruskan pemanduan.. Kami layan hujan.. Masuk Daera Tapah baru hujan mula reda tapi tetaplah sampai rumah dalam keadaan basah.. Sampai je terus pergi mandi..

Petang lepas ambil anak-anak, barulah kami ke KFC untuk makan bersama.. Ini je masa terluang yang ada.. Encik suami agak sibuk dengan kerja dan urusan mak beliau.. Jadinya bila ada peluang, kenaa guna sebaiknya..

Masa ini masih terang lagi.. Elok je lepas ambil gambar, gerimis pun turun..

Makan bersama di KFC.. Tahun ini, baru inilah anak-anak makan KFC.. Anak-anak Sha da tak berapa suka nak ke KFC, lebih gemar ayam McD.. kikiki..

6 comments:

  1. sama la..anak2 MA pun more ke ayam mc'd dr kfc

    ReplyDelete
  2. Amboi jauh datingnya! Sempat hujan gerimis, hujan berhenti dan hujan lebat.

    ReplyDelete
  3. Dah banyak kali terkena KFC yang berbaloi. Try Texas Chicken rasanya lebih berbaloi tapi tak banyak cawangan lagi. Motor apa tu?

    ReplyDelete
  4. Lama tak merasa sejuknya di Cameron Highlands. Dah tak sama zaman 90-an. Last sampai tahun 2018. Tengahari panas lit2. Btw, bestnya jenjalan naik moto.

    ReplyDelete
  5. dating berdua ye.
    anak ammi belasah je ayam mana pun. kfc, mcd, texas, marrybrown...dah namanya makan diluar confirm dorang suka.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..