Monday, October 16, 2023

Novel | Ain oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini ada 2 cerita sebenarnya iaitu Ain dan Skizo..

Ain ini cerita pasal Jardi seorang Youtuber.. Geram pula Sha dengan si Jardin ini.. Sakit-sakit pun sebok dengan rakaman video dan content media sosial.. Solat memang ke laut dalamlah.. Mulut celupar habis.. Bukan sikit-sikit kena gangguan tetaplah tak berusaha untuk memgubat.. Ish!!

Skizo mengisahkan tentang Doktor Wan yang perlu merawat Syafiq.. Syafiq dituduh gila dan membunuh dengan kejam tapi Syafiq menuduh Homet, makhluk dari kotak dybuk.. Bila Wan mula melakukan siasatan dan penyelidikan mengenai Homet, makin kejam pula tindakan Syafiq.. Malah keluarga Wan turut diganggu hingga akhirnya anak Wan menjadi tawanan..

Sha baca dan selesai pada 13.10.2023..

Published 2023 by Naim Tamdjis

1 comment:

  1. Buku ni tentang gangguan halus ke Sha? Menarik jalan ceritanya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..