Friday, October 20, 2023

Temujanji Susulan ENT & Dental

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal jam 7.30 pagi Sha dah bawa Imani ke hospital untuk temujanji ENT dan Dental.. Mula-mula kita jumpa doktor ENT dulu.. Sha tanya jugalah pasal hidung Imani yang sentiasa berhingus selepas buang gigi extra tu.. Rupanya masa lepas pembedahan, doktor dah terangkan dekat encik suami tapi encik suami tak berapa nak tangkap.. kikiki.. Tadi doktor gelak-gelak je terangkan semula dekat Sha.. Memang berhingus tu adalah simptom biasa sebab Imani dah ada resdung.. Cuma bila hingus tu keluar sekali dengan darah, doktor tengok dengan kamera dalam hidung dia.. Bahgian yang diorang potong tu memang ada darah lagi.. Tak berapa nak kering betul, jadinya doktor sapukan ubat sekali tadi.. Selesai sesi rawatan, doktor suruh teruskan dengan ubat yang sama dan akan jumpa semula bulan 1 nanti..

Selesai dekat ENT, Sha bawa Imani ke Pediatrik Dental pula.. Okaylah, gusi dia tak ada apa.. Cuma diorang nak pantau je untuk tengok gigi taring kekal dia akan turun elok ke tak.. Temujanji seterusnya tarikh yang sama dengan ENT nanti..

6 comments:

  1. Semoga Imani cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  2. semoga imani cepat sembuh yer..

    ReplyDelete
  3. Memang yaaa gigi itu tak bisa dianggab remeh. Karena biasa ada sangkut paut ntah ke hidung atau tenggorokan. Saya pun jadi banyak tahu tentang ini, karena adik saya dokter Spesialis THT (telinga, hidung, tenggorokan). Jadi tak berani utk sepelekan gigi tiap kali sakit. Takut merembet pula 😅

    Cepat sembuh untuk imani yaa. Semoga 1 bulan lagi dah tak berair lagi hidung.

    ReplyDelete
  4. sabo je lah ayahnya pun haha buat cuak je

    ReplyDelete
  5. haiiii org lelaki ni kannnn heheheh sabar je laa

    syafakillah imani...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..