Assalamualaikum..
Hye semua..
Makan malam encik suami beli nasi arab di Restoran Az-Zuhdi (Nasi Arab Al-Yemeni).. Restoran ini terletak di Bukit Beruntung.. Sebenarnya dah lama encik suami nak ajak ke sini.. Kebetulan hari ini lalu, jadi kita singgah dan tapau.. Makan dekat rumah sebab anak-anak masih di sekolah.. Memang puas hatilah dengan harga dan kualiti makanan dia.. Daging kambing dan ayamnya lembut, sup kambing dan nasi dia sedap.. Puas hati.. Boleh singgah lagi.. Cumanya masa kami datang ini Kunafa dia dah habis.. Tak apa, lain kali ada rezeki kita singgah lagi..
Restoran Az-Zuhdi (Nasi Arab Al-Yemeni)
1 pek ini ada ayam dan kambing untuk 3 orang dewasa makan.. Nama dia Talam Mandy Mixed - RM52.20
Bila dah hidang, meriah.. Kami tampah sup kambing dengan harga RM3.. Set nasi tu datang sekali dengan acar timun dan sos salsa..
Ada jual set talam juga.
ReplyDeletemeriah. sedap, banyak dan mengenyangkan tu
ReplyDelete