Sunday, December 10, 2023

Coretan 10 Disember 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha dengan dua rakan baru dari Geng PIBG ke Majlis kahwin anak saudara NYDP PIBG.. Lama tak makan kenduri.. Inilah baru Sha keluar berjalan tanpa suami dan anak-anak.. Selalu tu hujung minggu memang duduk rumah je.. Sebelum keluar, bersoal jawab dulu dengan encik suami.. Bukan apa, si dia pelik bila tengok Sha keluar.. Senangnya Sha kongsikan lokasi langsung menggunakan WhatsApp.. Jadinya encik suami tahulah ke mana arah tuju Sha.. kikiki.. Kami sampai awal di majlisnya kebetulan terjumpa dengan Kak Zai (NYDP PIBG) di jalan masuk.. Ikut je lah kereta beliau.. Siap parking khas.. kikiki.. Majlis belum mula lagi masa kami sampai.. Sementara tunggu majlis mula, sempatlah bergambar sakan di pelamin pengantin.. kikiki.. Lepas tu baru makan.. Kami tunggu sampai pengantin datang.. Lepas tengok pengantin terus gerak ke tempat lain..

Sempat bergambar di pintu gerbang..

Nasi kenduri ini Sha ambil lauk gulai kawah, papadom, tembikai, brownies dengan jelata.. Lauk lain yang ada ayam masak merah, rendang daging, ulam-ulaman dan sambal belacan.. Air pula Sha ambil cendol.. Laksa dan aiskrim pun Sha ada ambil tapi tam ambil gambarnya.. kikiki..

Lepak berkopi-kopian di Koepi Chenta sekejap.. Ini Sha minum Signature kopi dia Kopi Chenta (RM12).. Sedap.. Ada rasa coklat dan kopi dia tak adalah keras sangat..

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..