Sunday, December 31, 2023

Novel | Terhempasnya Pesawat MH747 oleh Helmi Effendy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini Sha beli pre-love.. Sha beli sebab Sha minat penulis ini.. Karya beliau jarang menghampakan.. Memang berbaloilah beli dan baca.. Bacaan terakhir untuk tahun 2023..

Kisah penumpang kapal terbang yang terhempas ke masa hadapan.. Khairul yang asalnya seorang scammer dan juga pembunuh diangkat menjadi ketua untuk memimpin mereka yang terhempas di hutan belantara pelik.. Mujurlah ada Zaki seorang saintis yang mengenali pelbagai jenis haiwan.. Puteri pula merupakan seorang doktor yang cekap dalam merawat mereka yang memerlukan.. Tanpa mereka sedari, bukan mereka sahaja yang ada di pulau tersebut.. Permulaan kelansungan hidup yang tak dijangka.. Betullah kata orang, manusia ini akan berubah mengikut kedaan semasa.. Pulau tu mengajar mereka untuk jadi kejam demi melindungi..

Sha suka perubahan watak Khairul dari lembut hati kepada keras hati dan keputusan yang dia buat memang berani mati.. Malah ada beberapa perkara yang Sha rasa Khairul perlu buat demi kelansungan hidup mereka.. Watak-watak lain ada yang berubah dan ada juga yang menyusahkan..

Walaupun penceritaan buku ini bergerak dengan laju tapi Sha memang ambil masa yang lama.. Sha hayati sepenuh jiwa.. hahaha.. Sayang pula nak habiskan cepat-cepat.. Walaupun Sha ada novel fizikal, dalam masa yang sama Sha baca juga melalui aplikasi Cereka..

Sha baca pada 27.12.2023 dan selesai pada 31.12.2023..

Published April 1, 2022 by Mahakarya

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..