Monday, December 11, 2023

US | Blue Eye Samurai (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun ini animasi namun tak sesuai ditonton budak-budak.. Jangan bagi anak-anak tengok ye.. Ada babak yang tak sesuai untuk budak-budak.. Animasi ini untuk orang dewasa sahaja ye.. Kisah seorang samurai bermata biru yang mencari 4 lelaki barat untuk dibunuh.. Samurai bermata biru tu namanya Mizu.. Awalnya Sha ingatkan dia lelaki tapi penghujung episod 1 kita akan ketahui yang sebenarnya dia seorang perempuan dan hanya ada beberapa orang sahaja yang tahu jantina sebenar dia.. Musim 1 ini mengisahkan tentang usaha Mizu mencari Frowler untuk dibunuh.. Mizu juga belajar untuk bersikap kemanusian dan membantu orang lain sepanjang dia mencari Frowler.. Musim ini tamat dengan Frowler berjaya ditangkap dan Mizu belayar ke London mencari 2 lagi lelaki iaitu Routley dan Skeffington..

Blue Eye Samurai
2023 ‧ Action ‧ 1 season (8 eps.)
A master of the sword lives life in disguise while seeking revenge in Edo-period Japan.


1 comment:

  1. Menyampah betul dengan lambakan cerita2 zaman sekarang yang memang sengaja selitkan scene tak senonoh. Susah nak cari cerita yang boleh ditonton seisi keluarga macam kita kecil2 dulu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..