Assalamualaikum..
Hye semua..
Cuti sekolah dua minggu tapi tak banyak aktiviti yang dapat dibuat bersama anak-anak.. Kekangan masa, tanggungjawab dan juga kewangan.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bawa anak-anak berjalan pada 31 Disember 2023.. Kebetulan ada kenduri kahwin yang perlu encik suami hadiri, maka sambil tu kita bawa anak-anak berjalan.. Perjalanan budget mengikut kemampuan..
Destinasi pertama Muzium padi tapi tempatnya dalam penyelenggaraan maka bergambar di bahagian luar sahaja.. Berlatar belakangkan kapal terbang dan sawah padi..
Destinasi kedua, kami ke Bukit Melawati.. Menaiki tram dengan bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.. Melihat tinggalan sejarah di Muzium atas bukit dan juga melawat muzium permainan tradisional dengan bayaran RM3 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.. Bayaran tiket tu untuk kedua-dua muzim cuma kena jalan kaki sikitlah.. Tapi okay je sebab di kelilingi pokok-pokok dan ada perigi beracun juga.. Turun ke bawah kita kembali menaiki tram.. Syok..
Jalan-jalan sambil melihat sejarah Selangor..
Kemudian encik suami tunaikan minat Sha dengan mencari kedai kopi unik ini.. Kopinya biasa-biasa sahaja tapi air coklat dia memang padu dan power.. Kopi.Peng Jeram x Nomad.kopi, Jeram Selangor..
Ini singgahan pertama sebelum ke destinasi seterusnya.. Lama owh tak jumpa Kopi Gantung Perlis ini.. Sedap betul kopi dia.. Memang berbaloilah beli.. Bekasnya besar, harganya baru RM6 tapi kopi dia padu beb..
Singgahan kedua sebelah air kopi, sedap soyanya.. Cincau dia lembut je.. Soya dia berlemak.. Berbaloilah beli..
Destinasi keempat kami ialah MYE Warung (Celup Tepung), Jeram.. Sebelum ini pernah datang tapi tutup.. Kali ini ada rezeki kami.. Disebabkan baru lepas makan nasi kenduri, kami ambil set budget je.. Buat rasa-rasa.. Memang berbaloilah singgah.. Puas hati..
0 KM Kuala Selangor (Pit Stop), Jalan Raja Lumu, Kuala Selangor.. Tak jauh dari Bukit Melawati.. Singgah semasa dalam perjalanan nak balik.. Sempatlah Imani dan Amani main buih sabun dekat sini..
Jomlah balik.. Gerak dari sini Sha pandu sampai ke rumah.. Sejam macam tu dah sampai rumah, sempatlah singgah isi minyak dulu sebelum balik..
Alhamdulillah... Dapat jugak berjln2 sempenA cuti sek... Yg 0km k.sgor tu linda x pnh pulak pergi... Naseb baik bukit melawati pnh pergi.. Hihihi...pdhal mmg laluan balik ke kg tu
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2024 Sha 🎉 Wah, menarik tempat2 ni. Next time boleh refer kat sini kalau nak jalan2 kat Selangor.
ReplyDeleteSelamat tahun baharu 2024
ReplyDeleteNasib baik srmua tempat beli sedap.
ReplyDeleteammi pun ke Sekinchan juga cuti Xmas haritu..pastu ke Melawati juga tapi tak naik atas sbb malas nak naik tram
ReplyDeleteByak juga tempatnya... tahun nie plan nak ke Perak, Kedah atau Selangor lgi... InsyaAllah
ReplyDeletesy jg laa x smpi2 bkt melawati ni😁
ReplyDeletebleh daaa msk grup fb 0km tuuuu🤣