Sunday, March 24, 2024

ebook | Dendam oleh Nasa Yusof

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang mantaplah novel ini.. Awalnya kita dihidangkan dengan kisah Mashitah dan Rohaya yang bersahabat dan semasa peperiksaan, guru besar mereka terjun bangunan.. Kemudian pembaca dibawa ke masa hadapan dimana Mashitah dah pun berkahwin dan mempunyai anak.. Bila anak Mashitah ini, si Erdina dimasukkan ke sekolah lama Mashitah, Erdina sering diganggu.. Bermulalah pembongkaran kepada kesilapan masa lalu yang tak dijangka.. Memang kesianlah dekat suami Mashitah dan anak dia Erdina tu.. Mashitah punya simpan dendam sampai sanggup buat perkara yang tak dijangka..

Sebab tu kita kalau nak marah orang atau bergurau jangan keterlaluan.. Kita tak akan pernah tahu apa ada dalam hati orang tu.. Sama ada dia berdendam atau tidak.. Sha cakap macam ini bukanlah menyokong tindakan Mashitah cuma kadang kita ini selalu terlepas pandang dengan apa yang kita katakan.. Dalam diam ada yang sakit hati dengan kita..

Sha baca dan selesai pada 20.03.2024..

Published January 1, 2023 by Buku Prima

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..