Assalamualaikum..
Hye semua..
Seronok rupanya membaca novel ini.. Banyak watak yang biasa kita baca dalam hikayat melayu lama digunakan penulis.. Olahan yang cantik dan penuh teguran kepada pembaca..
Kisah Nirnama, seorang pahlawan tanpa nama yang memburu Jagat Suci dan konco-konconya.. Jagat Suci merupakan manusia yang bersekutu dengan jin dan syaitan demi memuaskan nafsunya ingin menguasai dunia.. Meletakkan dunia sebagai keutamaan hingga sangggup mengorbankan rakyat yang tak bersalah.. Kemunculan Nirnama memang membantutkan usaha Jagat Suci kerana satu persatu orang suruhannya berjaya ditumbangkan Nirnama.. Sepanjang perjalanannya berkelana, Nirnama ditemani Nadim dan juga Cendana..
Penulis sampaikan kisah Nirnama dengan cara yang menarik melalui mas akini dan kemudiannya kejadian silam bagaimana Nirnama menjadi pahlawan yang memburu Jagat Suci dan kaitan antara mereka.. Memang novel yang ohsem..
Sha baca dan selesai pada
Published October 1, 2022 by Hilal Asyraf Resources
x penah baca tp sy tau novel ni antara best seller HA
ReplyDelete