Friday, March 22, 2024

ebook | Penyu Karah Khazanah Laut Negeri Melaka oleh Rosmawati Ghazali, Siti Norjannah Johari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah layan buku pasal penyu pula.. Sha pun terjumpa je buku ini dekat eSentral.. Tak tebal tapi padat dengan informasi mengenai penyu.. Ada 4 bab semuanya.. Bab satu pengenalan cerita tentang sejarah, kepentingan, taburan pendaratan mengenai penyu.. Kemudian diselitkan juga mengenai perundangan berkaitan penyu dan status populasi penyu mengikut spesis di Malaysia.. Kemudian dalam bab seterusnya penulis masukan juga mengenai biologi penyu Karah ini, ancaman dan halangan sama ada secara semulajadi mahupun dari manusia.. Pemuliharaan penyu Karah ini turut dijalankan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Masjid Tanah, Melaka.. Memang menariklah baca buku ini.. Ada peluang nanti kita jelajah Pusat Konservasi tu..

Tapak penetasan..


Info buku
Tajuk - Penyu Karah Khazanah Laut Negeri Melaka
Penulis - Rosmawati Ghazali, Siti Norjannah Johari
Penerbit - Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN - 978-983-49-2105-7
Tahun Terbit - 2019
M/S - 120
Sinopsis - Fokus buku ini adalah terhadap spesies penyu karah yang terdapat di negeri Melaka, di samping beberapa spesies penyu lain. Siapa sangka, di bumi Hang Tuah ini terdapat kawasan yang menjadi tempat pendaratan penyu karah untuk bertelur. Kecantikan warna karapas dan keunikan penyu ini mendorong penulis untuk berkongsi ilmu dengan pembaca. Di samping aspek fizikal penyu karah, pelbagai aspek kehidupan penyu ini merangkumi pemakanan, habitat dan pembiakannya turut dibincangkan secara mendalam. Dengan terbitnya buku ini, diharapkan orang ramai mempunyai kesedaran betapa pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan ini dan secara tidak langsung memberikan kesedaran betapa pentingnya memelihara kelestarian alam sekitar agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. Buku ini amat sesuai untuk bacaan umum, terutamanya kepada pencinta alam sekitar dan boleh menjadi sumber rujukan penting kepada penyelidik serta pelajar universiti yang mengambil jurusan dalam bidang ini.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..