Tuesday, March 5, 2024

Kek Tapak Kuda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dengan kawan pejabat.. Bukanlah yang viral-viral tu.. Tak kuasa Sha nak beratur.. Kek ini bukan boleh makan sekaligus, manis okay.. Jadinya Sha makan selang selang.. Bersama secawan kopi atau teh kurang manis.. Mujurlah saiz dia kecil, jadinya tak ada simpan-simpan.. Buka je satu rasa, terus habis makan dengan anak dan encik suami..

Kek Tapak Kuda (Mix Flavour) - RM25

Comel je keknya.. Ada 5 rasa iaitu:-
Matcha Crunchy
Red Velvet Crunchy
Pandan Crunchy
Hazelnut Crunchy
Pistachio Cruncy

Matcha Crunchy - Adalah rasa matcha tu pada inti yang crunchy bahagian tengah tu.. Rasa matcha tu tak adalah kuat sangat.. Okay okay sahaja..

Red Velvet Crunchy - Rasa yang biasa sahaja.. Tak ada yang wow.. Macam makan kek dengan inti coklat..

Pandan Crunchy - Warna hijau kek tu memang cunlah.. Rasa pandan dia tak adalah kuat.. Biasa-biasa sahaja.. 

Hazelnut Crunchy - Pergh!! Mantap.. Rasa kacang hazel tu memang best..

Pistachio Crunchy - Ini memang yang paling best.. Puas hati.. Ngam betul dengan tekak..

6 comments:

  1. comel je ada byk perisa mcm ni....bole dpt rasa mcm2 perisa kan

    ReplyDelete
  2. hari tu pun ada try jugak, ok la..sesekali boleh layan sbb manis

    ReplyDelete
  3. Berbaloi beli satu kotak ni ada macam-macam flavour. Comel je pek dia. Saya pernah rasa red velvet dengan nutella je. Itupun adik ipar beli, kita pun dapatlah merasa.

    ReplyDelete
  4. murah juga tu , 5 flavour RM25 . kira murah jugak tu dapat rasa semua perisa habuan rasa-rasa

    ReplyDelete
  5. wah bestnya ada banyak perisa... tapi Cuya suka betul dengan yang pistachio tu..sedap!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..