Wednesday, April 17, 2024

ebook | Solo Leveling, Vol. 3 - Vol. 12 by Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya Jinwoo telah dinilai semula untuk pangkat dia sebagai pemburu.. Memang mengejutkan semua pihak bila penilaian dia berubah dengan mendadak.. Hasil usaha Jinwoo mengejar level dalam menentang semua makhluk ajaib tu berjaya menaikan tahap Jinwoo dari E kepada S.. Pergh!! Tak sia-sia dia melawan makhluk-makhluk dalam gua tu.. Semangat Jinwoo untuk terus menaikkan level dia tu memang powerlah.. Jinwoo akhirnya jumpa juga penawar untuk sembuhkan mak dia.. Dari pemburu yang biasa-biasa, Jinwoo berjaya menjadi Pahlawan bayang dimana apa sahaja haiwan, makhluk mahupun manusia yang dibunuh berjaya dibangkitkan menjadi askar bayang Jinwoo.. Akhirnya Jinwoo tahu juga kebenaran mengenai skrin yang muncul hanya dimata Jinwoo.. Mengenai Monarch dan Ruler yang dah berperang sejak dahulu serta Shadow Monarch yang memilih Jinwoo untuk mewarisi kuasa dia.. Bila Jinwoo dibunuh oleh Ice Monarch dan Beast Monarch, Jinwoo bangkit sebagai Shadow Monarch yang baru..

Sha baca dan selesai pada 09.04.2024..

Published by Yen On

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..