Thursday, April 25, 2024

Kursus Dalam Talian: Kesedaran Keselamatan Siber

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam berjaya hadiri kursus secara atas talian lagi.. Alhamdulillah.. Kalau ikutkan dah cukup dah jumlah hari berkursus.. Mudah sangat bila ada kursus atas talian ini..

Objektif kursus ini adalah untuk menyebarkan Dasar Keselamatan ICT kepada peserta.. Mendedahkan kepada peserta berkenaan ancaman keselamatan di dalam penggunaan sumber ICT
jabatan dan memberikan pendidikan kepada peserta bagi mengukuhkan keselamatan ICT jabatan.

Kandungan kursus secara terperincinya ialah:
1. Pengenalan Keselamatan ICT
a. Pengenalan, konsep, definisi keselamatan ICT
b. Ancaman-ancaman keselamatan ICT

2. Pekeliling Mengenai Keselamatan ICT
a. Pekeliling berkaitan keselamatan ICT daripada MAMPU
b. Surat Pekeliling lain yang berkuatkuasa
c. Surat Arahan lain yang berkuatkuasa

3. Dasar Keselamatan ICT Jabatan
4. Aktiviti Pengukuhan Keselamatan ICT
5. Ancaman-ancaman Siber & Kaedah Menangani Perlindungan
Peralatan ICT
6. Kesedaran dan Pelaksanaan ISMS ISO/IEC 27001:2013
Jabatan
7. Cabaran BYOD (Bring Your Own Device) Dalam Persekitaran
Kerja

Kursus: Kursus Dalam Talian: Kesedaran Keselamatan Siber
Tarikh kursus: 24/04/2024
Lokasi Kursus: Secara Dalam Talian (Pelantar Zoom)

5 comments:

  1. wah..antara kandungan assignment saya ni..keselamatan siber

    ReplyDelete
  2. Baguuus seminar online nya 👍. Skr ini sejak banyaaak cyber crime terjadi, saya pun tak pernah sembarang pakai wifi gratis di tempat umum atau public charging. Krn pernah terbaca ada juga yg disalahgunakan utk mengambil data orang lain.

    ReplyDelete
  3. honestly mama mmg sentiasa skeptikal dgn keselamatan cyber ni. maklumat kita senang2 org boleh cari sebenarnya

    ReplyDelete
  4. berapa jumlah hari kursus yg sha kn lengkapkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini tak ada pemakluman Anies.. Tu yang Sha buat je.. Nanti kalau tiba2 dia tanya, dah siap.. kikiki..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..