Monday, May 13, 2024

Jelajah Lenggong, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam kami sekeluarga ke Lenggong Perak untuk jelajah sejarah.. Rancangan mengejut ini sebab rumah tak ada elektrik satu hari semalam.. TNB buat kerja-kerja naik taraf.. Mujurlah dapat notis awal.. Sha dengan encik suami pun buatlah rancangan mengejut.. Sha yang pilih nak ke Lenggong sebab tak pernah sampai lagi sini walaupun dah lama duduk Perak.. Oleh kerana perancangan mengejut dan tak kejar masa, memang relaks je lah.. Awal pagi keluar pergi hantar pakaian salin ke rumah transit dulu.. Kemudian singgah sarapan.. Encik suami bawa ikut jalan lama, keluar tol Bidor terus sampai ke R&R Simpang Pulai.. Kemudian Sha pula memandu sampai ke Dataran Tasik Raban untuk makan tengahari.. Bergilir-gilir Sha dan encik suami memandu supaya tak terlalu letih..

Muka-muka ceria selepas sarapan pagi..

Sempatlah bergambar sekeping dua.. Lupa pula nak ambil gambar makanan.. Okaylah menunya lauk-lauk kampung..

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Jabatan Warisan Negara Zon Tengah, Kota Tampan, 33400 Lenggong, Perak
Tiada bayaran dikenakan tapi baru sebahagian kecil sahaja yang dibuka untuk lawatan.. Menarik tau.. Anak-anak dapat info baru..

Ada rumah ini tapi belum dibuka untuk lawatan lagi.. Dekat bawah rumah tu ada pankin dan lesung kaki tu.. Berat owh..

Aki's Gallery, Unnamed Road, 33400 Lenggong, Perak
Kemudian kami terus ke Galeri Aki ini.. Tempat ini rumah kampung yang ada pelbagai bahan sejarah.. Menarik dan tiada bayaran dikenakan.. Agak tersorok sikitlah tempat dia.. 

Ini bendang yang dibuat sendiri oleh pemilik Galeri Aki.. Hasil dari bendang ini dah dituai.. Ini penanaman baru.. Pemilik Aki Gallery ini yang tanam sendiri dan beliau bereksperimen dengan padi ini.. Nak cuba kacuk dan hasilkan padi yang banyak kanjinya supaya makan sedikit sahaja dan kenyang.. Ini penerangan dari pemilik Aki Galeri ini..

Masjid Raja Kg Chepor, Unnamed Road, 33400 Lenggong, Perak
Korang akan jumpa masjid ini dulu baru Aki Galeri.. Sha singgah ambil gambar dari luar je sebab bertutup, tak beranilah nak pandai-pandai masuk.. Kami singgah solat disebelah masjid lama ini..

Telaga Biru Kampung Chepor.
Kemudian kami ke Telaga Biru ini pula.. Agak mencabar nak ke sini sebab tak ada papan tunjuk arah.. Berpusing-pusing jugalah mencari.. Kalau berjaya jumpa tugu ini terus ke kiri.. InsyaAllah akan jumpa Telaga Biru tu..

Kawasannya masih dalam pembinaan..

Airnya berwarna biru disebabkan kandungan mineral dia..
Komposisi air terdiri daripada asid bikarbonat, kalsium, kalium, natrium, sulfat, klorida, florida dan sedikit ferum dengan pH pada 7.6 dan suhu 26.7°C. Oleh kerana sumber air muncul jauh dari dalam tanah, ketiadaan sedimen terampai dan kejernihan menyebabkan air kelihatan berwarna biru.

Jeti Nelayan mykp Kg Chepor
Tak jauh dari Telaga Biru tu ada Jeti Nelayan.. Masih dalam pembangunan juga tapi cantiklah.. Ada buaian, rumah buluh ini.. Okaylah untuk bergambar..

Debu Volkanik Toba Bukit Sapi Lenggong Perak
Ini pula betul-betul tepi jalan.. 

Okaylah cuma tak berjaga je..

Pio'kopi, A6, 33420 Lenggong, Perak
Singgah beli kopi dulu dan kudap-kudapan sebelum patah balik ke destinasi terakhir..

Jambatan Bailey Air Karah.
Jambatan lama.. Agak tetsorok dan sedikit mencabar untuk dicari tapi berbaloi sangat datang sini.. Pemandangan cantik gila.. Kami ke sini dalam jam 3 lebih.. Masa ini cuaca cerah.. Sakan bergambar..

Akhirnya tamatlah sudah jelajah Lenggong menjejak sejarah..

Nasi Bani Melayu, Gerai Nombor 4, RnR, Jalan Kampung Dew, Simpang, 34700 Taiping, Perak.
Singgah makan di Tasik Taiping.. Jauh melencongkan tapi berbaloi sangat.. Sebenarnya kami nak makan di Kedai Nasi Bani Melayu, tapi kedainya tutup.. Di bahagian hadapan kedai ini ada truck mananan dan minuman.. Jadinya kami lepak juga disini.. Makanan banyak pilihan dan semuanya sedap ditekak Sha dan keluarga.. Sha beli Ayam Muiz, laksa sarawak, char kue tiow, cheezy wedges dan air soda.. Air soda dia mantap betul sampai Sha beli untuk tapaulah..

Sempatlah bergambar dengan miaw nie.. Ada orang dalam miaw ini.. Kecik je.. Patung ini punyalah besar.. Boleh QR je kalau nak bagi tips.. Zaman dah majukan.. 

Balik lalu WCE.. Cepatlah lalu sini.. Kereta tak banyak.. Encik suami pilih lalu WCE ini sebab lebuhraya PLUS ada kesesakan.. Lalu sini dari Taiping ke Lekir lebih kurang sejam macam tu.. Turun Lekir, kami ke Teluk Intan, Ladang Bikam, Sungkai, Slim River dan akhirnya Behrang..

Perjalanan kami semalam lebih kurang 474KM dengan pengisian minyak sebanyak dua kali, sebelum pergi RM55.35 dan masa nak balik di PETRONAS Jalan Tupai RM49.22.. Makan pula untuk sarapan RM21.20, tengahari RM45, kopi-kopi RM31 dan makan lewat petang RM67.50.. 

4 comments:

  1. okay juga bawa anak anak ke tempat macam ni...

    ReplyDelete
  2. Menarik jugak tempat ni. Air telaga biru tu boleh diminum ke?

    ReplyDelete
  3. Cantiknya suasana kat sana ..nanti bila-bila boleh singgah kat dataran tasik raban .rumah buluh tu boleh naik sampai atas ke ? Masih kukuh ?

    ReplyDelete
  4. Cantiknya suasana kat sana ..nanti bila-bila boleh singgah kat dataran tasik raban .rumah buluh tu boleh naik sampai atas ke ? Masih kukuh ?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..