Sunday, June 16, 2024

ebook | Gadis Futuristik oleh Sharina Elisa

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini Sha beli di Sentral.. Buku ini best cuma ada beberapa perkara yang penulis tak perincikan.. Sekadar bacaan ringan, memang seronoklah..

Kisah tentang Aria, anak yatim piatu yang tinggal bersendirian dan tidak mempunyai kawan.. Hinggalah pada suatu hari Aria terjatuh ke dalam lubang dan muncul di tahun 2333.. Aria diberitahu yang dia adalah orang yang membangunkan teknologi terkini untuk perlindungan penduduk.. Aria mulanya tak dapat menerima kenyataan namun kemudiannya dengan rela hati kekal di tahun 2333 untuk membantu mereka mengatasi masalah udara.. Tak lama di tahun 2333, Aria kembali semula ke tahun 2023.. Kemunculan semula Aria di sekolah mengejutkan banyak pihak.. Oleh kerana dipandang rendah, Aria kekal di kelas belakang dan mula membantu rakan-rakan sekelasnya..

Sha baca dan selesai pada 13,06.2024..

Published April 18, 2023 by Bookiut

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..