Sunday, June 23, 2024

ebook | Seluruh Cinta Buatmu oleh Aina Hamra

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk macam cerita cinta meleweh-leweh tapi bila baca rupanya tak.. Kisah si Ali yang menjaga Lily dari dibunuh.. Lily merupakan pewaris kepada syarikat gergasi di Jepun.. Diburu Kenzo yang dendam dengan mak si Lily ini sebab kena tolak.. Mak Lily berjaya dibunuh tapi Lily sempat diselamatkan Ali.. Membesar bersama dan selalu bersama membenihkan rasa cinta di hati masing-masing namun ketidak samaan status antara mereka menyebabkan Ali memendam rasa.. 

Ali dan Lily ini duduk di Malaysia namun bila Kenzo muncul di Malaysia, mereka balik semula ke Jepun.. Lily nak diturunkan kuasa, dalam masa yang sama perangkap dipasang untuk mennagkap si Kenzo ini.. Perangkap Ali dan perancang ayah serta atuk Lily bertembung.. Ali tercedera dan salah faham terjadi..  Jangan risau, penamatnya bahagia cuma adalah kacau bilau sikit sebab salah faham..

Sha baca dan selesai pada  20.06.2024..

Published January 1, 2020 by Hajar Humairah binti Rosely

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..