Tuesday, June 25, 2024

TCA MOPD #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa doktor hari ini.. Masa mula-mula ambil bacaan tekanan, tinggi betul mungkin sebab berlari dan otak tengah serabut.. Nurse suruh bertenang dulu baru ambil bacaan lagi sekali.. Baru okay.. Doktor gelak-gelak je jumpa Sha hari ini.. Doktor bagi tahu kena makan ubat dan paling penting buang gula.. huhuhu.. Doakan Sha berjaya ye.. Selalu je terbabas bab gula ini.. 

Menanti giliran dipanggil..

Ubat kena makan 1 biji, 2 kali sehari..

Sempatlah pergi ambil surat ini dekat Klinik Kesihatan Tanjung Malim, jam 2 tadi.. Jururawat telefon Sha Jumaat lepas untuk ambil surat ini dan maklumkan tarikh temujanji.. Temujanjinya minggu hadapan.. Sempatlah melalak dalam kereta dulu.. Adoi!! Emosi betul.. Jururawat tu bagi tahu dia akan simpan no telefon Sha dan telefon lagi untuk follow up case Sha.. Kira macam walaupun dah dipindahkan ke Hospital, KK masih ambil tahu lagilah.. Gitu.. Bertambah satu lagi klinik temujanji.. SOPD..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..