Assalamualaikum..
Hye semua..
Mohon doakan yang baik-baik buat Sha.. Semalam Sha dapat panggilan dari Klinik Kesihatan untuk datang ke Klinik hari jam 2.45 petang.. Doktor nak review keputusan Mammogram hari tu.. Sha datang dengan encik suami.. Sha daftar, ambil fail xray dekat bilik xray dan masuk bilik doktor.. Duduk je, doktor terus tengok keputusan dan maklumkan Sha ada cyst (kantung air yang Sha cakap sebelum ini).. Awal tu doktor maklumkan kena buat lagi sekali Mammogram dalam tempoh 6 bulan lagi untuk tengok perkembangan cyst tu.. Sha okay je.. Encik suami dah berderau..
Tapi kemudian doktor keluar untuk bincang dengan pakar.. Bila dah bincang, pakar suruh rujuk terus dekat SOPD Hospital Slim River.. Sebab cyst yang diorang jumpa tu jenis ACR BIRADS 3.. Kalau 1 atau 2, okay lagi tapi sebab angka 3 tu, doktor pakar suruh rujuk terus.. Jadinya doktor suruh Sha balik dulu nanti dia akan call semula lepas dapat tarik temujanji..
Doakan semuanya baik-baik sahaja buat Sha ya.. Sha juga sangat galakkan rakan-rakan yang dah berusia 40 tahun ke atas untuk buat Mammogram, Pap Smear dan full check up.. Kalau kita boleh berusaha mencegah dan merawat lebih awal, kita usahakanlah..
Dokumen X-Ray.
Syafahallah Sha...semoga dipermudahkan buat sha ye...
ReplyDeleteMoga semuanya baik-baik sahaja buat Kak Sha
ReplyDeleteInsyaAllah . Moga baik² sahaja
ReplyDelete