Thursday, July 11, 2024

ebook | Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku oleh Syazni Rahim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disaat Sha merasakan tumpuan Sha pada pembacaan ke laut dalam, ebook ini hadir mengembalikan senangat Sha untuk membaca.. Kalau nak tahu bulan ini baru 2 buah buku yang berjaya Sha baca sedangkan hari ini sudah 08 Julai.. huhuhu.. Tahniah buat penulis untuk buku yang ohsem ini..

Buku ini menyampaikan kisah tentang seorang anak yatim piatu berusia 13 tahun bernama Nadim yang kini tinggal di Ipoh bersama makciknya.. Nadim ini asalnya anak orang berada dan bersekolah di sekolah antarabangsa.. Bila terpaksa memulakan hidup di tempat baru dalam keadaan kekurangan memang mengajar Nadim untuk sabar dan reda.. Di sekolah baru ini juga Nadim terpaksa menyertai Kelab Ulat Buku kerana ditolak dari menyertai Kelab Bahasa Inggeris.. Betullah setiap yang berlaku dan terjadi itu ada hikmahnya.. Begitu juga dengan Nadim, bila menyertai Kelab Ulat Buku barulah Nadim tahu betapa seronoknya membaca.. Melalui buku ini juga penulis berjaya berkongsi info tentang Ketam Merah, sejarah peperiksaan di negara China, kejayaan Kolonel Sanders pencipta KFC dan tempat menarik yang boleh dikunjungi di Busan, Korea..

Siapa kata buku tak memberi faedah kepada pembacanya.. Banyak saja buku yang bagus dan punya isi yang baik untuk pembaca.. Kita sebagai pembacalah kena pandai mencari bahan bacaan yang bagus.. Pilihan di tangan kita.. Seperti buku ini, selain dari berkongsi tentang kebaikan membaca, buku ini juga mengajar kita untuk berani mencuba.. Cuba mendapatkan kawan baru, cuba menerima segalanya yang berlaku walaupun susah, cuba bina hubungan yang baik dengan mak saudara dan bermacam-macam lagi cuba..

Selain memgembalikan semangat membaca pada Sha, buku ini juga berjaya buat Sha mennagis.. Ye menangis.. Menangis merindui mereka yang telah kembali kepada Allah.. 

Sha baca dan selesai pad 08.07.2024..

Published January 1, 2024 by SR

5 comments:

  1. tahniah SR...
    linda bab2 baca online nie...blog je boleh nak baca...
    untuk yang lain, memang Linda suka fizikal

    ReplyDelete
  2. Terima kasih K.Sha untuk reviewnya. Terharu saya baca <3

    ReplyDelete
  3. menarik kisah perjalanan nadim di kelab buku tu. tak disangka-sangka boleh tinggalkan kenangan manis dan ubah kehidupan dia. tahniah kak SR

    ReplyDelete
  4. Saya masih penasaran nak baca ebook novel Malaysia ini macam mana yaa. Kemarin di Penang ada beli 6 novel Malaysia. Saya lagi baca buku kedua. Rinduuu sangat dengan cerita2 sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ebook ini kebanyakkannya Sha baca melalui U-Pustaka.. Namun ada juga penulis dan penerbit yang menjual ebook..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..