Thursday, July 11, 2024

ebook | The Resident by David Jackson

Assalamualaikum..
Hye semua..

Thomas Brogan merupakan pembunuh bersiri yang sedang melarikan diri selepas pembunuhannya yang terkini.. Bersembunyi di sebuah rumah kosong yang ditinggalkan menemukan Thomas dengan sesuatu yang di luar jangkaan iaitu mangsa baru.. Rumah kosong tersebut bersambung bumbungnya dengan 3 lagi rumah lain.. Maka bermulalah misi Thomas mengendap 3 lagi rumah lain dan memilih mangsa.. Rumah pertama menjadi tempat Thomas mendapatkan makanan kerana ynag tinggal hanyalah perempuan tua yang rindukan anaknya.. Rumah kedua Thomas abaikan sebab ada anjing.. Rumah ketiga merupakan mangsa yang sempurna, sepasang suami isteri muda.. Bila Thomas mula melaksanakan plan dia, tak sangka ianya berakhir dengan kejutan..

Sha baca dan selesai pada 09.07.2024..

Published December 1, 2020 by Serpent's Tail

2 comments:

  1. Saya sukaaaa sinopsisnya 😍😍😍. JD penasaran pula mangsa mana yg dipilih Thomas dan kejutan yg di dapat ❤️

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..