Friday, July 19, 2024

Komik | Siri Candy 26: Sahabat Prihatin [Nutrisi] oleh Kaoru, Dreamerz(Teks), Candy Factory(Komik)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini kepunyaan Amani dan Imani.. Walaupun begitu sebagai seorang emak yang suka membaca, sha pun turut membaca bahan bacaan mereka.. kikiki.. 

Komik ini best ya tuan-tuan dan puan-puan.. Best sebab dia komik yang comel.. Kisah mengenai Sha yang tidak berada namun teringin untuk makan makanan yang berkhasiat.. Sham juga ingin menjadi kuat dan sihat serta tidak ingin menyusahkan Aaron.. Kemunculan Gary banyak membantu Sham untuk mendapatkan nutrian yang diperlukan.. Mereka berkerja secara sambilan dibayar dengan sesuatu yang mereka perlukan.. Akhirnya Aaron tahu apa yang Sham perlukan sebenarnya dan mereka kembali berkawan..

Selain cerita mengenai Sham dan kawan-kawannya, komik ini turut memberikan maklumat mengenai makanan berkhasiat, piramid makanan dan info pelbagai tentang nutrisi yang diperlukan manusia.. Memang komik yang ohsem guys..

Sha baca dan selesai pada 14.07.2024..

Published February 1, 2018 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

1 comment:

  1. Anak saudara suka beli .. penuh koleksi dia komik2 macam ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..