Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi tadi Sha ada temujanji dengan Klinik Pakar Pembedahan (SOPD) untuk susulan selepas jumpa doktor di Klinik Kesihatan berkenaan mammogram Sha hari tu.. Kali ini penerangan yang Sha terima lebih terprinci.. Doktor mulakan dengan tanya soalan asas seperti, tarikh mula hadi, ada anak ke tak, bersalin normal, pernah buat pembedahan ke tak, macam mana boleh buat mammgoram.. Dari situ doktor terangkan pula keputusan mammogram tu.. Kantung air tu cyst.. Bila doktor tengok keputusan tu, doktor maklumkan yang ketulan tu ada dekat dua-dua payudara cumanya bila dekat bahagian akhir keputusan cuma ada dekat sebelah kiri.. Saiznya pun tak lah besar, kecil sahaja cumanya Sha ada sejarah kanser tu yang doktor cadangkan untuk buat mammogram sekali lagi pada awal Januari nanti..
Buat masa ini doktor minta untuk Sha teruskan pemeriksaan secara berkala di rumah dan kalau ada benjolan keras tapi tak sakit diminta untuk maklumkan klinik.. Sha juga dirujuk ke pakar O&G untuk masalah haid yang tak normal sejak awal kedatangannya..
Orang pertama yang jumpa doktor.. Baik sangat doktornya.. Rezeki betul..
Dirujuk ke Pakar O&G.. Lambat lagi temujanjinya..
Semoga baik2 untuk K. Sha... Hasbunallah wanikmal wakeel
ReplyDeleteSemoga dipermudah urusan perawatannya
ReplyDeleteabe kie pernah ada pengalaman dgn klinik SOPD di KB sejak 2018. Skrg dah x perlu ke sana. Buleh jumpa doktor di Tanah Merah ini je. X perlu lagi ambik MC jika jumpa doc.
ReplyDeletesemoga diberikan kesihatan yang baik untuk kak sha <3
ReplyDeleteSemoga saja akan terus baik2 ya kak sha 🤗
ReplyDeletesemoga baik2 sahaja utk sha. aminnnn
ReplyDelete