Monday, August 19, 2024

ebook | Di Mana? Di Mana? oleh Yeop Mie dan Ida Sri Sulo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau lihat secara luaran, buku ini mengisahkan tentang Miong yang awalnya berasa gembira dan bahagia sebab dapat berjalan-jalan.. Tapi kemudiannya berasa risau, gelisah sebab telah berjalan terlalu jauh.. Sampai ke pasar merayap kemudian hujan pula.. Bila hujan berhenti Miong tersedar.. Akhirnya berjaya jumpa jalan pulang.. 

Pada penghujung cerita, penulis mengupas tentang pengurusan emosi.. Penulis turut memberikan tips bagaimana untuk mengendalikan dan mencari punca.. Malah penulis turut berkongsi tentang beberapa kemahiran yang boleh dikuasai kanak-kanak melalui buku ini.. Owh ya, ada juga aktiviti pengukuhan di bahagian akhir buku ini..

Sha baca dan selesai pada 15.08.2024..

Published January 1, 2019 by Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..