Sunday, August 11, 2024

ebook | Kisah Teladan Nabi dan Rasul- Siri 1 oleh Educa Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gaya penulisan yang mudah, dan setiap perkataan diabahagi menurut suku kata, ia amat sesuai untuk kanak-kanak belajar membaca.. Melalui buku ini kita belajar mengenai pelbagai ujian yang ditempuhi oleh para nabi dan rasul semasa mereka menyampaikan dakwah.. Tentangan demi tentangan yang diterima terhadap dakwah yang dilakukan oleh para nabi dan rasul sehingga ada percubaan untuk membunuh nabi juga.. Namun begitu, keyakinan nabi dan rasul terhadap kekuasaan Allah SWT menguatkan semangat para nabi dan rasul untuk tetap meneruskan perjuangan dakwah mereka tanpa rasa putus asa.. Hasilnya seperti yang kita lihat sekarang, tersebarlah agama Islam sehingga ke hari ini..

Setiap kisah nabi dan rasul turut disertakan dengan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan sebagai panduan.. Selain daripada itu buku ini mempunyai ilustrasi yang menarik dan berwarna warni, malah buku ini juga didatangkan dengan teks dwibahasa yang dapat membantu penguasaan bahasa Melayu serta bahasa Inggeris buat pembacanya..

Sha baca dan selesai pada 05.08.2024..

Published January 1, 2020 by Rimbunan Publishing House

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..