Assalamualaikum..
Hye semua..
Bila baca buku ketiga ini Sha bertemu dengan perkongsian misi mengenai tekanan kerja mereka hingga ada yang sanggup membunuh diri.. Ya, misi turut melalui pengalaman dibuli secara lisan oleh rakan sekerja hingga menyebabkan mereka tertekan.. Belum lagi terpaksa menghadapi kerenah pesakit dan waris pesakit yang kadang-kadang tak masuk akal.. Tambah sekarang nitizen lebih mudah percaya dengan apa yang diviralkan dari mencari tahu kebenaran.. Menakutkan..
Buku ini juga berjaya menghadirkan perasaan sedih, sebak dengan perkongsian misi yang perlu melalui saat-saat kematian.. Bukan sahaja waris sedih, misi turut berkongsi perasaan yang sama..
Satu lagi yang Sha perasan, misi ini kalau kita ikut cakap memang mereka baik sahaja.. Tapi kalau kita tak datang janji temu, malas makan ubat atau banyak kerenah masa dalam wad, ha siaplah.. Memang garang lah mereka ini.. Tapikan.. Lumrah manusia.. Kita nak orang layan kita baik, maka kita pun kenalah bermanis muka dengan misi barulah setimpal.. Bak kata orang putih, what you give you get back.. Gitu!!
Sha baca dan selesai pada 04.08.2024..
Published January 1, 2022 by Penerbitan Kata-Pilar
tak juga, ikut pada hospital sebab ada yang memang jenis mulut celupar. Sakit hati dengan doktor ataupun orang atasan, dekat pesakit pula dilepaskan stress tu. Sekarang dah banyak yang mogok dengan KKM, hopefully ada la yang ambil tindakan supaya warga hospital tak terbeban dengan workload yang banyak.
ReplyDeleteHahh setuju ..nak org hormat kita . Kita pun kena hormat orang .
ReplyDelete