Friday, August 23, 2024

India | Yugi (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini memang mengelirukan tapi bila kita sampai ke hujung cerita, baru kita tahu siapa sebenarnya dalang yang melakukan pembunuhan di awal cerita dan kenapa lelaki tu dibunuh.. Serta misteri kehilangan seorang perempuan di awal cerita.. 

Nanda diminta mencari anak perempuan seorang pegawai yang hilang secara tiba-tiba.. Pencarian tu dilakukan secara senyap.. Dalam masa yang sama, seorang lelaki yang dipanggil swami berserta 2 anak buah dia turut melakukan pencarian.. Mereka ini saling mencari dan pencarian mereka tak bertembung hinggalah Nanda mula disyaki rakan sekerja dia melakukan pembunuhan.. Benar ke Nanda yang membunuh ataupun sebenarnya ada orang lain cuba memerangkap Nanda? Syoklah main teka-teka mencari apa sebenarnya yang terjadi..

Memang tak sangkalah dengan perangai manusia yang gila.. Sanggup buat apa sahaja hanya kerana berpengaruh.. Balas dendam tu salah ya.. 

Yugi
2022 ‧ Thriller/Drama ‧ 2h 11m
A detective, along with his team, goes in search of a missing girl. What follows are shocking revelations about Karthika, a girl who became the victim of power and economic exploitation.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..