Sunday, August 4, 2024

Pecah dan Pasang Tile Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumaat baru ini, rumah Sha termasuk dalam kerja-kerja pembaikan untuk tile pecah.. Masa pemakluman awal, dua bilik iaitu bilik utama dan bilik baca yang akan terlibat tapi bila kerja mula berjalan, hanya bilik utama sahaja yang terlibat.. Awalnya kami jangka mungkin sabtu atau ahad baru mereka datang ke rumah kami untuk memulakan kerja.. Tapi Jumaat pagi, encik suami dapat pemakluman kerja akan bermula Jumaat pagi tu.. Mujurlah encik suami tak ikut Sha ke Teluk Intan, kalau tak memang kalutlah kami.. Masa Sha sampai, mereka sudah memulakan kerja-kerja pemecahan tile lama.. Barang-barang dalam bilik utama itu, encik suami bubuh saja dalam kotak.. Ikut mana boleh saja.. Nak cepatkan..

Sabtunya pula baru kerja-kerja pemasangan tile dijalankan.. Bermula sekitar jam 8.30 pagi dan berhenti sekejap jam 1 petang dan bersambung semula jam 2 lebih sehingga 3 lebih.. Siap sepenuhnya dengan cantik.. Encik suami tak ada, jadinya Sha lah memantau sambil-sambil membaca dan menonton drama..

Pecah dan buang tile lama..

Selesai dalam sejam lebih juga..

Ini dia bubuh gam simen untuk ratakan mana yang berlubang tu..

Pagi sabtu, bermulalah pemasangan tile baru.. Warna putih tilenya.. 

Siap buat laluan dari pintu masuk ke bilik kami untuk elakkan kekotoran sebab mereka pakai seliparkan..

Jam 10.30 pagi 3/4 sudah siap.. Cepatkan diorang ini berkerja.. Dasyat..

Tinggal bahagian tepi tu saja nak pasang tile.. Mantap kerjanya..

Alhamdulillah selesai sudah..

8 comments:

  1. Lega bila dah siap...nampak kemas dan cantik.

    ReplyDelete
  2. Nampak kemas bersih kerja nya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah! Tiles putih bersih.

    ReplyDelete
  4. Wahhh cepat siap tu. cantik la bilik nanti dah pasang tiles baru.

    ReplyDelete
  5. W'salam Sha..
    Boleh jadi macam tu Sha, habis semua.. Sama kejadian yang berlaku di rumah officemate LZ..

    ReplyDelete
  6. lepas ni sedap.laa baring atas tile baru. sejukkk sedappp😁

    ReplyDelete
  7. Senang kalo dapat tukang yg kerjanya rapi dan cepat 👍👍. Jadi lebih hemat biaya juga. Apalagi kalo biaya dihitung harian.

    ReplyDelete
  8. Nampak camtik ..kemas .tak sakit mata memandang

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..