Sunday, September 8, 2024

Novel | Novel Siri Putera 01: Penunggu Rumah Agam oleh Natasha Mazya, Kaoru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aleex bersama 4 orang putera telah dijemput ke majlis makan malam oleh Lester yang tinggal di Pulau lorna.. Semasa jamuan makan malam, bekalan elektrik terputus dan Lester hilang.. Mereka terjumpa sekeping nota yang meminta mereka selesaikan misteri mengenai harta karun yang tersembunyi.. Semasa menyelesaikan misteri mereka juga diganggu oleh penunggu rumah agam tersebut.. Salah seorang putera percaya yang Lester itu penipu namun tiada bukti yang ditemui.. Putera Gion yang merasakan ada sesuatu berlaku pada rakan-rakannya di Pulau lorna telah meminta bantuan Nubis untuk menyiasat dan menolong.. Memang betul ada yang tak kena dan mujurlah mereka selamat serta berjaya menyelesaikan misteri rumah agam tersebut..

Siri putera telah mengorak selangkah lagi dengan menghasilkan versi novel pula.. Buku ini milik anak dara Sha.. Sha tumpang sekaki membaca.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 06.09.2024

Published May 1, 2024 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..