Friday, October 11, 2024

ebook | Cinta Selepas Nikah oleh Zamri Mohamad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Karya inj merupakan sebuah buku yang membincangkan tentang aspek kehidupan berumah tangga selepas perkahwinan.. Buku ini menekankan bahawa perkahwinan bukan hanya tentang percintaan, tetapi juga tanggungjawab dan komitmen jangka panjang. Penulis menggunakan pendekatan praktikal untuk menjelaskan cabaran yang sering dihadapi oleh pasangan suami isteri, seperti komunikasi yang lemah, perbezaan pendapat, dan pengurusan kewangan.

Penulis juga mengetengahkan kepentingan mengekalkan rasa hormat dan kasih sayang antara pasangan, walaupun selepas bertahun-tahun berkahwin.. Buku ini memberi inspirasi kepada pembaca untuk terus memperbaiki hubungan mereka demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sha baca dan selesai pada 09.10.2024..

Published January 1, 2014 by PTS

2 comments:

  1. buku yang berilmu, mesti banyak yg bleh dibelajar drpd buku ni

    ReplyDelete
  2. Oh Ini non fiction ya kak. Baguus nih kalo dijadikan hadiah juga utk orang yg baru menikah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..