Wednesday, October 2, 2024

ebook | Jurig Jarian oleh Prayudi Q.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini membawa pembaca menyelami kisah seram di sebuah kampung yang diliputi misteri.

Watak utama cerita ini ialah sekumpulan remaja sekolah yang skeptikal terhadap hal mistik, perlahan-lahan terjebak dalam kancah seram ini apabila cuba merungkai misteri sepucuk surat yang dijumpai.. Surat itu membawa mereka ke sebuah kampung lama dimana pernah berlaku kejadian sebuah keluarga yang ditelan bumi.. 

Penulis berjaya membina suasana seram dengan elemen tempatan dan kisah rakyat, mencampurkan ketakutan psikologi dan realiti kehidupan desa yang sederhana. Penceritaannya mendalam dan kaya dengan emosi, membuatkan pembaca terjebak dalam dunia penuh misteri dan rasa takut yang menghantui setiap halaman.. Ketakutan bermula bila mereka berada dekat dengan kawasan yang dikatakan misteri dan dihuni hantu jurig jarian..

Buku ini adalah satu bacaan wajib bagi peminat genre seram, kerana ia bukan hanya mengusik ketakutan terhadap yang ghaib, tetapi juga membawa peringatan tentang dosa dan rahsia yang cuba disembunyikan oleh manusia..

Sha baca dan selesai pada 01.10.2024..

Published April 1, 2009 by Gramedia Pustaka Utama

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..